Do'a akan 'menjaga' kita agar tetap tegar... Cinta akan mengajarkan kita arti kehidupan... Persahabatan akan membuat kita mengerti arti kesetiaan... Masalah akan membuat kita mengerti arti kedewasaan... Kehilangan akan membuat kita lebih menghargai seseorang yg pernah kita sayang, Dikehidupan dunia akan menentukan siapa & bagaimana kita dikehidupan akhirat.

Selasa, 13 Mac 2012

I get the green light utk sambung belajar..


  Lama rasanya aku tidak menulis dalam blog.. Maklumlah bz dengan kerja yang dibuat.. Aku sekarang tok belajar sambil kerja.. Penat itu memanglh penat.. Tapi apa yang aku boleh buat kerja aku sama penting dengan belajar aku.. Tidak lama lagi aku akan abis belajar.. Aku sudah pun berbincang dengan family yang aku mahu sambung belajar. Itu aku dapat lampu hijau tapi aku tidak akan sambung di negara sendiri. Sudah bermacam-macam berlaku disin. Aku ingin melupakan semua yang pernah terjadi.. Aku pergi bukan hendak menjauhi semua orang tetapi aku mahu sedikit ruang untuk aku bersendirian.. 
      Namun demikian, family aku belum buat keputusan yang ini.. Melihat dari segi cara mereka aku dapat merasakan yang mereka berat untuk melepaskan aku. Maklumlah aku tidak pernah berjauhan dengan mereka. Dulu aku bermula aku tahun 4 hinggalah Tingkatan 5 aku selalu menyertai  aktiviti-akitviti yang bermalam.. Aku pun selalu juga memujuk orang tua supaya aku dapat pergi ke akitviti  tersebut.. Semasa aku di tingkatakan 5 aku telah dipilih untuk menyertai Nadwah Kepimpinan. Waktu itu susah benar mereka hendak melepaskan aku pergi maklumlah aku selalu sakit  pada masa itu. Pulang saja dari itu aku terus sakit. Lama juga aku tanggung sakit. Sampaikan kadang-kadang aku seminggu tidak turun kelas. Tetapi aku juga yang berdegil mahu turun ke kelas.. Mungkin ini yang membuatkan mereka sukar untuk membuat keputusan hendak membiarkan aku pergi. 
    Aku bersyukur jugalah selama aku mengambil Diploma ini jarang benar aku sakit.. Kalau demam itu adalah itu pun kalau aku tidak cukup tidor dan fikiran aku tidak mementu memikirkan perkara yang selalu datang.. Aku tetap jugalah bersyukur yang aku sekarang ini sudah tidak sakit lagi seperti dahulu.. Mereka tahu kalau aku sudah membuat keputusan sukar untuk aku mengubahnya itu pun kalau da sebab-sebab yang bagi aku penting.. Kalau aku sambung kali ini umur aku 27 atau 28 baru habis.. Itulah satu cita-citaku dimana aku mahu belajar sampai mana yang termampu.. 
     Aku bersyukur lahir dalam keluarga ini kerana setiap masalah akan dikongsi dan diselesaikam bersama.. Tapi kadang-kadang aku rasa macam kurang kasih sayang selepsa dua  adik aku dilahirkan.. Munkin selama ini aku sorang cucu dan anak perempuan. Lapan tahun aku jadi cucu dan anak pempuang seorang mungkin sebab inilah aku rasa macam itu tetapi aku tahu mereka tetap akan memberi kasih sayang yang sama rata mungkin aku seorang jak yangt rasa macam itu.

1 ulasan: